Copyright © Qudwah Hasanah
Design by Dzignine
Assalamualaikum Ahlan Wasahlan , syukran sudi ziarah ke blog ni..maaf atas segala kekhilafan dalam penulisan ana..sesungguhnya segala manfaat dan ilmu itu hanya dari Allah SAW..... Quote | If Allah gives you wealth, let the blessing of Allah be seen on you | Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada manusia lainnya. (Hadith riwayat Bukhary) | .....> Muhammad SAW the QUDWAH HASANAH <...
Thursday 29 August 2013

Bendung pengaruh Syiah di IPT

Taat perintah ALLAH, 
Ikut cara Nabi Muhammad SAW.


Syiah boleh dianggap agama baru dan fahaman yang menyeleweng yang bertentangan dengan agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Syi’ah bukanlah mazhab baru sebagaimana yang didakwa, bahkan Syi’ah secara keseluruhannya adalah ajaran baru yang jauh daripada Islam dari sudut aqidah dan ibadah.
Ia mengaburi mata umat Islam dengan mengatakan mereka sebahagian daripada Islam melalui dua pendekatan utama iaitu “Taqiyyah” yang bermaksud berpura-pura dengan fahaman Syi’ah, dan yang kedua seruan cinta keluarga Rasulullah.
Kejahilan masyarakat tentang fahaman mereka dan kelemahan penguatkuasaan pihak berkuasa dijadikan peluang gerakan Syiah menyeludup masuk ke dalam masyarakat Malaysia terutama IPT.\
Syiah di IPT
Kewujudan fahaman Syi’ah di IPT boleh dibahagikan kepada dua. Golongan pertama dikenali sebagai Ahli Gerakan Syi’ah. Golongan ini bergerak dan berusaha keras untuk merekrut mahasiswa-mahasiswi di IPT. Ia dilakukan melalui usaha propaganda menyeleweng mereka melalui edaran risalah, laman sosial dan menyelinap masuk ke gerakan mahasiswa massa. Khalid Ismath merupakan satu contoh jelas mempunyai ciri-ciri golongan pertama yang menyesatkan ini.
Golongan kedua adalah golongan yang terpengaruh dengan fahaman Syi’ah berpunca dari kejahilan dan kurang pengetahuan berkenaan kesesatan Syi’ah. Golongan ini mudah terpengaruh kerana digembar-gemburkan dengan fitnah kononnya Syiah hanyalah salah satu mazhab dalam Islam. Semua pihak perlu jelas bahawa Syi’ah adalah ajaran sesat dan bukanlah sebahagian daripada Islam. Syi’ah menerusi ajaran dan kitab-kitabnya mengajar mencela sahabat Rasulullah SAW, menggalakaan perkahwinan “Mut’ah” ala-ala pelacuran, menyambut hari Karbala dengan mencederakan diri sendiri, dan adakah ini semua sebahagian daripada Islam?
Pendekatan dakwah kepada Mahasiswa
PEMBINA mengambil peranan untuk menyedarkan golongan mahasiswa agar sedar akan ancaman fahaman Syiah. Pendekatan dakwah dan penjelasan berserta dalil akan diteruskan melalui program Road Tour ke kampus-kampus. Mahasiswa didedahkan bahaya ancaman Syi’ah terhadap umat Islam sebagaimana bukti jelas jenayah kemanusiaan mereka terhadap umat Islam di Iraq, Iran dan Syria yang bertitik tolak dari kebencian mereka terhadap Islam. Sepanjang sejarah umat Islam, tidak pernah tercatat bahawa kewujudan Syi’ah memberikan kesejahteraan dan keamanan kepada negara dan umat Islam.
Bagi golongan pertama ini, PEMBINA menggesa gerakan mahasiswa Islam supaya segera  sedar akan bahaya ancaman mereka dan bangkit bersama PEMBINA membanteras kewujudan mereka sebelum ia berleluasa. Salahuddin Al-Ayyubi dalam perjuangannya membebaskan Masjid Al-Aqsa dan Baitul Maqdis telah membersihkan terlebih dahulu saf tenteranya daripada Syi’ah bahkan membersihkan negara-negara umat Islam dari fahaman Syi’ah. Beliau telah berjaya menukar Universiti Al-Azhar di Mesir dari sebuah madrasah fahaman syi’ah kepada madrasah Ahli Sunnah melalui pengajian mazhab yang empat. Gerakan mahasiswa diseru agar mengambil langkah pencegahan awal dengan membanteras dan mencantas anasir Syi’ah parasit yang cuba menumpang populariti suara mahasiswa yang akhirnya akan membelakangkan kesucian perjuangan mahasiswa itu sendiri.
Menular masuk melalui Pensyarah
Sumber-sumber yang diterima oleh PEMBINA menyatakan fahaman Syi’ah menular masuk ke kebanyakan IPT melalui pensyarah-pensyarah, mahasiswa-mahasiswa dan para peniaga warganegara Iran yang kemudiannya menjalankan usaha dakyah mereka di IPT. Usaha ini dilihat memberikan inspirasi dari warga tempatan berfahaman Syi’ah yang sebelum ini menyembunyikan pegangan mereka untuk turut terlibat menjalankan dakyah mereka. Sebagai contoh dakyah mereka adalah risalah produk Air Mineral ECPI yang ditulis di dalam bahasa Melayu yang diedarkan di kebanyakan IPT.
Justeru itu, semua pihak perlu bersama memainkan peranan secara konstruktif dan menyeluruh untuk menangani gejala aqidah ini. Pihak pentadbiran IPT perlu peka terhadap kewujudan gerakan fahaman ini yang mensasarkan para pelajar mereka. Mahasiswa-mahasiswi yang menjadi mangsa pengaruh ajaran sesar mereka perlu disedarkan manakala tindakan tegas perlu diambil ke atas mana-mana usaha menyebarkan ajaran Syi’ah di negara ini.
Oleh: Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)
Sumber: Berita Harian  5 Ogos 2013
Sunday 21 April 2013

Tuhan Lebih Saintifik-Dr. Farhan Hadi

Tuhan Lebih Saintifik

AKAN TERBIT
GB0241: TUHAN LEBIH SAINTIFIK
Pengarang : Dr. Farhan Hadi
ISBN : 978-983-097-438-5
Harga : W/M:RM16.00 E/M:RM18.00

Sinopsis 

Dr. Donald menolak agama secara total dan menganggap Sains adalah segala-galanya, Ustaz Hanafi pula menolak Sains secara total dan menganggap segala kemajuan Sains adalah Yahudi dan Kristian yang boleh membawa ke neraka, termasuklah kemajuan bidang perubatan. Pertembungan pemikiran pensyarah ateis, ustaz tradisional dan seorang doktor pakar Islam pasti akan menyajikan kisah-kisah dan perdebatan yang menarik untuk dihidangkan kepada pembaca.


DAPATKAN DI PESTA BUKU ANTARABANGSA :)

Thursday 7 March 2013

JOM! Set Auto Solat Time Alerts di Facebook

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt.

Saya nak kongsi cara nak set supaya kita dapat notifications setiap kali masuk waktu solat..moga dengan usaha ni dapat mengelakkan kita lalai berfesbuk sehingga melanggar waktu solat dan dapat tunaikan solat awal waktu..

MOGA DAPAT KEBERKATAN DARI ALLAH SWT..ameen Ya rabb

Mungkin ada yang dah tahu n dah guna bende ni..alhamdulillah..sama2 lah kita kongsikan kepada yang tidak tahu..semoga bermanfaat.

Sumber : JAKIM's eSolat

Gambar hiasan - Masjid Sultan Abu Bakar JB


TUTORIAL FOR :  

1. Pilih kawasan negeri tempat tinggal anda di link ni 
Preview..nanti akan pergi ke page ni .

 2.'Like' page tersebut 
Kilk button 'Like'..

3. Klik 'Get Notifications' dan 'Show in News Feed'

Klik 2 bende ni..

4.Then, setiap kali waktu solat kita akan dapat notification camni ...
Notify setiap 5 waktu solat dan waktu syuruk..


Waktu Syuruk

Selamat mencuba dan sebar2 kan untuk yang lain..kalau ada masalah untUk wt bnde ni bole comment kat bawah ni yee..hee..semoga bermanfaat untuk saudara seISLAM ku..insyaAllah..


Ads | MY FACEBOOK : Amirul Afif
Salam Ukhwah!!..hee


Wednesday 27 February 2013

Tips Hawa Memilih Jodoh - Fatimah Syarha

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt..



Soalan : Adakah wanita perlu berusaha mencari jodoh?

Jawapan : Ya, wanita juga perlu  berusaha.


Tapi bagaimana caranya?

1. Berusaha menyediakan diri sebagai produk 'solehah' yang diidam-idamkan. Biasanya produk 'solehah'' yang bermutu tinggi dari segi agama dan akhlaknya mempunyai permintaan tinggi di dunia dan di akhirat.Apabila sesuai masanya dan tepat orangnya, serah kan 'kesediaan hati' anda untuk dirisik dan dipinang dengan jalan yang syarak.

2. Berusaha mengawal diri supaya jangan gedik, mudah menyerah dan mudah melayan kerana wanita sebegini biasanya begitu senang untuk dimiliki oleh lelaki yang tidak berakhlak sahaja.Biasanya wanita yang senang dimiliki (hanya dengan sedikit godaan berupa SMS, call, puji-pujian dan lain-lain), senang pula untuk dipersia-siakan.


3. Berkawan dengan rakan-rakan sejantina yang solehah.Jodoh anda  mungkin di kalangan abang mereka, saudara mereka dan sebagainya yang soleh-soleh juga.Jelaskan niat bahawa itu bukan matlamat tapi wasilah (perantara) semata-mata.

4. Jika anda terpikat kepada agama dan akhlak seorang lelaki dan anda ingin memulakan, pilihlah cara melalui orang tengah yang soleh.Jangan menghantar hasrat terus kepadanya kerana ia boleh menjatuhkan martabat dan kemuliaan 'malu' anda di matanya.


5. Minta ibu bapa, abang atau saudara-mara yang mencarikan untuk anda.

6. Jika anda dirisik secara secara langsung oleh seorang lelaki dan anda memang menyenangi agama dan akhlaknya serta berkeyakinan dia boleh berubah menjadi lebih baik, mintalah dia merisik dengan cara yang lebih mulia iaitu dengan terus melibatkan ibubapa, bukan hanya berdua-duaan antara anda dan dia. Ingat cara yang menggunakan orang tengah dan menjauhi fitnah itu adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.



Denyut Kasih Medik
Promote!! hehe

"Jodoh itu telah ditetapkan, bezanya sama ada kita mendapatkannya dengan cara MULIA atau cara HINA..pilihlah"

- Dr. Farhan Hadi, novel Denyut Kasih Medik -




FB POST :
Dari Facebook my senior, Abg Paan :)






Tuesday 26 February 2013

SOLEHkah aku untuk memilih yang SOLEHAH ?


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt..

Post ini bole divise versakan samada untuk sahabat muslimin atau muslimat..Moga bermanfaat, terutamanya untuk diri saya sendiri, yang masih banyak kekhilafannya..sama-sama kita perbaiki..
In sya ALLAH..



"SAYA MAHUKAN YANG TERBAIK"..itulah antara kata2 apabila kita bercerita tentang impian jodoh masing2..Memang tak dinafikan setiap manusia mahukan pendamping hidup yang terbaik untuk diri mereka.Sejahat manapun seseorang itu, pasti ada terdetik dalam hatinya mahukan seorang pendamping hidup yang dapat memberi kebahagiaan dan ketenangan dalam rumah tangga mereka.

Persoalannya..dalam keghairahan kita mencari yang SOLEHAH, adakah kita sudah menjadi yang SOLEH?..kita mahukan yang baik akhlaknya, adakah kita seorang yang baik akhlaknya?..fikir2 kan..kerana kita harus ingat bahawa janji Allah dalam Al Quran yang bermaksud :


"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik."

(Surah An Nur 24:26)



Bak kata Dr. Farhan Hadi : "Lebihkan diri kita untuk menjadi daripada mencari".Persiapkan pribadi kita dengan sifat yang soleh hanya kerana Allah swt dan bukan menjadi soleh kerana inginkan jodoh yang solehah.Dan muslim yang mensolehkan dirinya kerana Allah ini akan Allah sediakan untuknya pendamping yang solehah..tunggulah masanya..In sya ALLAH.

Apabila dah menyiapkan diri dengan ilmu dan keperluan agama..go to next step..proses memilih..Nabi pun ada memberi panduan bagi seorang muslim untuk memilih calon isterinya sebagaimana dalam hadith baginda yang bermaksud :

“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Antara keempat2 perkara yang disebut baginda dalam hadith tersebut..AGAMA perlulah diletakkan sebagai no.1 dalam pemilihan kita.Tidak rugi jika memilih pasangan berdasarkan agama.Kecantikan agama menjadikan kecantikan rupa, keturunan dan harta turut ikut bersamanya..In sya ALLAH..









TWEET :

Follow my Twitter.. Here !


Sunday 24 February 2013

ILMU FIQH - Sportingnya Islam!


Metodologi dalam memberi fatwa
Syeikh Dr.Yusuf Al-Qardhawi

Betapa sporting agama kita Islam dalam fiqh ni..malah lebih meringankan dan mudah..ni lah bukti Allah sangat sayang kepada hamba-hambanya..


Apabila baginda diberikan dua pilihan, maka baginda memilih PERKARA YANG LEBIH MUDAH.(Ini riwayat sahih daripada Aisyah). 



Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardawi

Dalam satu sesi soal jawab, Yusuf al-Qaradhawi ditanya tentang metodologinya dalam memberi fatwa.

Jawab beliau, "Apabila saya mendapati dua buah dalil yang nampak seimbang atau berdekatan dalam perkara agama, di mana salah satunya al-ahwat (sangat berhati-hati), sedangkan yang kedua adalah al-aysar (memberikan kemudahan). Dalam keadaan seperti ini, maka fatwa saya untuk orang-orang awam adalah dengan MEMILIH DALIL yang MUDAH, bukannya AHWAT.

"Apa dalil dan hujah tuan dalam MENGUTAMAKAN dalil AYSAR (mudah) ke atas dalil AHWAT?" tanya orang itu lagi.

Jawab al-Qaradhawi: "Petunjuk dan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Apabila baginda diberikan dua pilihan, maka baginda memilih PERKARA YANG LEBIH MUDAH. (Ini riwayat sahih daripada Aisyah). 

Baginda juga memerintahkan para imam masjid untuk membaca SURAH PENDEK, supaya memberi kemudahan kepada para makmum."

"Pada zaman sekarang ini, unsur-unsur dan dalil-dalil yang memberikan kemudahan dan keselesaan mesti LEBIH DIUTAMAKAN daripada pendapat-pendapat yang menimbulkan kesusahan dan memberatkan. Utamakan perkara-perkara yang memberikan khabar gembira daripada perkara-perkara yang menyebabkan orang lari dan menjauhkan agama...."
(Rujukan: Fiqh Keutamaan, al-Qaradhawi).





Credits : Facebook Ustazah Fatimah Syarha 

Tuesday 19 February 2013

UTM Berselawat : "Gema Cinta Rasul"


Selawat dan salam ke atas junjungan 
Nabi Muhammad SAW..

Tarikh : 24 Feb 2013 (ahad)
Masa : 8.30 pagi - 11.00 malam
Tempat : Dewan Sultan Iskandar,UTM,Skudai

Mengimarahkan Majlis cinta Rasul bersama para selebriti dan ulama tersohor di Dewan Sultan Iskandar, UTM, Skudai pada 24 februari 2013 (Ahad) bermula 8.30 pagi sehingga 11 malam, insyaAllah. Bagi yang berkelapangan dan yang berdekatan, jom sama2 hadir. 

Forum bersama selebriti : "The Massengers" . Bermula 8.30 pagi



Talaqqi Perdana . 1-6 petang



Malam Cinta Rasul : Tausiyyah Perdana . Bermula 9 malam

MY TWEET :
Follow my Twitter..Here!